CARA-CARA MENJADI PELAJAR CEMERLANG
Isu-isu
yang berkaitan dengan kecemerlangan pelajar kerap menjadi paparan
televesyen dan surat khabar. Hal ini semakin hangat diperkatakan apabila
keputusan PMR dan SPM dikeluarkan. Pada pandangan saya, semua pelajar
berusaha untuk menjadi pelajar cemerlang. Beberapa perkara mesti
dilakukan oleh seseorang pelajar itu jika dia mahu menjadi pelajar yang
cemerlang.
- Memiliki Sikap Rajin
Antara
cara-cara menjadi pelajar cemerlang ialah pelajar mesti memiliki sikap
rajin. Pelajar mesti rajin membaca buku di sekolah dan juga di rumah.
Pelajar juga mesti rajin menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru
dan mereka perlu bertanya kepada guru jika mereka tidak faham tentang
sesuatu perkara atau topic. Apabila peperiksaan, pelajar mesti mengulang
kaji pelajaran dengan legih bersungguh-sungguh lagi.
- Displin Diri
Selain
itu, pelajar juga mesti mempunyai displin diri yang tinggi. Pelajar
mesti menepati masa dan menggunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin.
Oleh itu, sewajarnyalah pelajar mempunyai jadual belajar yang lengkap
dan mereka mesti mematuhi jadual belaar tersebut. Pada masa lapang pula
pelajar mesti melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca bahan ilmiah
dan melayari internet bagi menambahkan lagi pengetahuan mereka.
- Menghormati Ibu Bapa Dan Guru
Jika
pelajar ingin cemerlang dalam pelajaran, pelajar mestilah sentiasa
menghormati ibu bapa dan guru-guru. Pelajar juga mesti mendengar nasihat
ibu bapa dan guru-guru. Pelajar mesti menerima teguran ibu bapa dan
guru-guru dengan fikiran yang terbuka dan positif. Pelajar juga mesti
menyayangi ibu bapa dan guru-guru agar pelajar juga akan sentiasa
disayangi dan diberkati.
- Aktif Dalam Kokurikulum
Di samping itu, pelajar juga mesti aktif dalam aktiviti kokurikulum.
Terdapat banyak faedah jika pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum.
Antara faedahnya ilah pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan
menjadi cergas dan mereka juga dapat menambahkan pengetahuan serta
pengalaman. Selain itu, terdapat pengetahuan dalam bidang kokurikulum
yang dapat membantu pelajar semasa menjawab soalan peperiksaan.
- Menjaga Kesihatan Diri
Pelajar
yang cemerlang juga akan menjaga kesihatan diri. Sesungguhnya,
kesihatan yang baik membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian
kepada pelajar. Dengan kesihatan yang baik juga, pelajar dapat mengulang
kaji pelajaran dengan baik terutama ketika menjelang peperiksaan.
Semasa hari peperiksaan pula, pelajar yang mempunyai kesihatan yang baik
akan menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik.
Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa cara yang perlu dilakukan oleh pelajar untuk menjadi pelajar cemerlang. Ibu bapa perlu membantu anak-anak dalam menyediakan kemudhan belajar. Pada pendapat saya, pihak sekolah perlu mengadakan program-program motivasi agar mereka terdorong untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Pelajar pula mestilah membuat persediaan lebih awal dalam menghadapi peperiksaan agar mereka boleh menjadi pelajar yang cemerlang.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar